Monday 21 May 2012

Thirtysix Studio In Progress - Introduction

Bismillahirahmanirahim~ Alhamdulillah akhirnya Thirtysix Studio (36S) berjaya menapakkan diri di Bintulu Sarawak. Setelah empat (4) tahun aku memantau, merangka, merancang untuk membina taman hobi aku...hahaha...akhirnya, 36S dalam process pembangunan.

Sudah tiba masanya, aku akan mengunakan tulang empat kerat aku untuk membangunkan studio ini. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk aku membuat progress sebelum tiba Ramadhan Al-Mubarak. Pada bulan Ramadhan process pembangunan akan berjalan agak lambat, aku tidak mahu studio ini menjadi alasan untuk tidak menunaikan solat sunat Tarawih.

Sebelum aku meletakkan update2 berkenanaan dengan studio, ingin aku coretkan latar belakang aku dengan hobi2 aku ni. Aku mula berkecimpung dengan musik sekitar darjah 6, ketika itu orang yang menjadi tempat aku mengenali equipment2 musik adalah keluarga 'Ngah' (Pak Ngah) aku (tinggal belakang rumah kat Miri) di mana anak beliau selaku pemain drum dalam band mereka - aku tak tau nama band apa~. Pada masa itu first time aku tengok org main drum, main gitar, main bass dan menyanyi rock...kapak tu~ Dalam banyak2 instrument, drum tu jugak lah yang dekat di hati, tengok anak Ngah aku (Abg Nuar a.k.a Nuai a.k.a Anuar) main ketuk2, rolling baik dengan twin pedal...pergh...drumgasm aku di buatnya. Pada saat itu aku memanam niat untuk bermain drum. Jadi aku selalu lepak rumah Ngah aku, tengok barang2 diorang main ketuk2 sikit.

Lepas beberapa bulan circa 1997 tu, di Bintulu, pada masa itu OAG dengan GreenDay naik. Jadi ada laa budak senior (sekolah menengah) dari kawasan perumahan aku ajak gi jamming - aku join laa, nak tau laa jugak life sekolah menengah ni. Masa tu jamming dekat Delima, satu2nya studio yang aku tahu exist kat Bintulu. Masa tu senpai aku main lagu Green Day - Basket Case, Longview, She album2 tu lah~ masa tu aku tak sentuh lagi drum. Balik rumah tu aku air-drumming lah, terbaek nya aku buat rolling, entah berapa tom-tom yang aku roll, crash aku hentam...hahaha...dengar+try lah satu dua lagu GreenDay. Bila senpai tanya 'Ko pandei main drum ka han..? dengan slumber aku jawab 'pandei'...hahahah dengan itu saya penyimpan mohor2 besar drummer mengishtiharkan saya sebagai seorang pemain drum amatur. Dalam tahun tu, berapa kali je aku jamming sampai sekolah menengah (form 3) tak lebih dari 20 rasanya. (Kenapa aku berhenti kat form 3)

Masuk tahun 2000 sekitar awal bulan, rakan-rakan mula mengenali aku sebagai seorang pemain drum. Ada laa seorang dua yang ajak jamming sama. Masa tu aku dah start dengar genre heavy. Orang yang bersalah dalam hal ni, yang kasi aku layan dengan muzik macam ni adalah En. Ariffin Amir, eh? macam kenal pulak aku nama Amir tu...hahaha...En. Ariffin tu adik kepada En. Adi Herman Amir. Dari abang turun ke adik, dari adik merebak kat kawan2. Masa tu aku tak kenal pun En. Adi Herman ni...hahaha...kenal nama je, orangnye tak. Masok pertengahan tahun tu, aku dah boleh dikatakan aktif as a drummer, masa tu orang yang selalu ajak aku jam ialah En. Qaisar, beberapa minggu aku jamming dengan Qaisar, baru laa aku berkenalan dengan En. Adi Herman - masa tu keluarga En. Adi duduk kat Kidurong - Kawasan perumahan LPB/BPSB. Lepas ice breaking session aku dengan En. Adi, die ajak jamming sama, masa tu aku kira main musik punk dan grunge ade rock sikit2 laa. Bila dah duduk semeja dengan En. Adi, die ajak main lagu Korn dengan Deftones. First time aku main musik gini, giler rock ah~ hahaha...En. Adi sruh aku study lagi 'Clown' dengan 'Be Quite and Drive'...aku dah macam orang gila bila di beri lagu ni. Tapi dengan niat nak berekperimentasi aku redah je...first jamming agak kureng sikit, second jam En. Adi ajak kawan die join skali, kasi tunjuk sikit kat aku main lagu Deftones. Lepas tu banyak laa jugak aku cover lagu-lagu band ni macam freak on a leash, faget, bored, my own summer etc. lepas tu kitorang demam SOAD pulak...main laa lagu spider, peephole, toxicity, chop suey...tahun 2000 dan awal 2001 adalah tahun paling aktif aku sebagai seorang drummer. Lepas tu aku hiatus sampai lepas SPM.

Lepas SPM, aku berhijrah ke Perak, beberapa semester aku kat Perak aku turun Kuala Lumpur. Kat KL aku start balik sebagai seorang drummer. Masa kat KL aku dah start nak plan bukak studio sendiri, 6 tahun aku duduk KL aku belajar hal2 studio, recording studio, acoustic, soundproofing, sound reinforcement, sound engineering, observe studio orang dan sebagainya dalam masa yang sama habiskan diploma & degree aku...sampai laa sekarang aku masih belajar, sebab teknologi improve dan innovating dengan cepat, jadi aku terpaksa surf sekali dengan arus teknologi...

Boleh tahan jugak aku merapukan...!


ni lah ruang yang bakal lokasi Thirtysix Studio. Apa2 update aku akan post kat blog ni, termasok lah process pembinaan studio...gua share sedikit ilmu bab acoustic dengan soundproofing.

Tuesday 1 March 2011

Pendaftaran Syarikat

Kini Thirty6 Studio dalam proses pendaftaran syarikat dengan Registrar Office (RO). Pelbagai dokumen perlu diselesaikan sebelum ke pejabat pendaftaran. ;p

Saturday 26 February 2011

Welcome to Thirty6 Studio Blog

Welcome to Thirty6 Studio Blog - Selamat Melayari Blog Thirty6 Studio.


Pihak Pengurusan 36 Studio mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan sepejuangan, rakan-rakan niaga dan 'future customer' 36 Studio. Pada masa sekarang kami sedaya-upaya untuk membina profile syarikat untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan 36 Studio. Sebarang pertanyaan kami akan cuba membantu sebaik mungkin.

Pihak kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dalam group kami di Facebook yang memberi sokongan penuh dengan penubuhan syarikat ini. Terima Kasih!